Lebih Muatan Lebuh Raya (JPJ Perak)

IPOH 26 Sept. – Sebanyak 25 buah lori yang membawa pasir, batu dan Isipadu dalam Lori Tangki melebihi had muatan ditahan di Sepanjang Laluan Lebuh Raya hala ke selatan, bermula hari ini.

1-6

Operasi bermula pukul 7 pagi tadi disertai oleh 20 orang dari Unit Operasi Khas JPJ Negeri Perak di susur Plaza Tol Ipoh Utara dan Selatan.

Ketua operasi, Nik Ariza Bin Jannah berkata, mana-mana lori yang ditahan akan  dibawa ke Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ipoh untuk pemeriksaan Berat dan lanjutan.

“Kita dapat laporan daripada orang ramai tentang kegiatan lori membawa muatan melebihi had di sepanjang laluan lebuhraya, dan sasaran kami adalah kenderaan berat yang menggunakan lebuh raya PLUS utara-selatan dapat mematuhi peraturan ini.

Kata beliau lagi, Sehingga jam 3 petang, kelihatan semua lori yang melalui lebuh raya hala ke selatan menyedari operasi hari ini, dan kesemuanya kelihatan telah mengikuti Had muatan yang dibenarkan pada kenderaan masing-masing.

“Kesemua lori yang telah dibuat penimbangan, sekiranya membawa muatan melebihi had yang dibenarkan akan disiasat mengikut Seksyen 57 (1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM500,000 atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Tambahnya, dalam operasi tersebut, lebih 45 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Selain itu, katanya, sebanyak 30 lori diarah diperiksa semula manakala sebanyak 5 lori disita dari beroperasi. Beliau enggan mengulas apabila ditanya, Bila operasi ini akan berakhir?. ~~BentaraSetia~~

Leave a comment