Lebih Muatan Lebuh Raya (JPJ Perak)

IPOH 26 Sept. – Sebanyak 25 buah lori yang membawa pasir, batu dan Isipadu dalam Lori Tangki melebihi had muatan ditahan di Sepanjang Laluan Lebuh Raya hala ke selatan, bermula hari ini.

1-6

Operasi bermula pukul 7 pagi tadi disertai oleh 20 orang dari Unit Operasi Khas JPJ Negeri Perak di susur Plaza Tol Ipoh Utara dan Selatan.

Ketua operasi, Nik Ariza Bin Jannah berkata, mana-mana lori yang ditahan akan  dibawa ke Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ipoh untuk pemeriksaan Berat dan lanjutan.

“Kita dapat laporan daripada orang ramai tentang kegiatan lori membawa muatan melebihi had di sepanjang laluan lebuhraya, dan sasaran kami adalah kenderaan berat yang menggunakan lebuh raya PLUS utara-selatan dapat mematuhi peraturan ini.

Kata beliau lagi, Sehingga jam 3 petang, kelihatan semua lori yang melalui lebuh raya hala ke selatan menyedari operasi hari ini, dan kesemuanya kelihatan telah mengikuti Had muatan yang dibenarkan pada kenderaan masing-masing.

“Kesemua lori yang telah dibuat penimbangan, sekiranya membawa muatan melebihi had yang dibenarkan akan disiasat mengikut Seksyen 57 (1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM500,000 atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Tambahnya, dalam operasi tersebut, lebih 45 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Selain itu, katanya, sebanyak 30 lori diarah diperiksa semula manakala sebanyak 5 lori disita dari beroperasi. Beliau enggan mengulas apabila ditanya, Bila operasi ini akan berakhir?. ~~BentaraSetia~~

10 Fakta Berkaitan Spad

 

spad

Reputasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai sebuah badan yang ditugaskan untuk memantau perjalanan sistem pengangkutan di negara ini memang tidak dapat disangkal oleh sesiapa.

Kecemerlangannya bahkan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Manifestasinya, suruhanjaya yang dipengerusikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar ini telah diangkat sebagai penerima Anugerah Komitmen Politik Asia Pasifik dari Persatuan Pengangkutan Awam Antarabangsa (UITP) baru-baru ini di Geneva.

Dan pelantikan semula Tan Sri Syed Hamid dan Mohd Nur Ismal bin Mohamed Kamal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SPAD pastinya memberi harapan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk melihat kesinambungan komitmen suruhanjaya ini melaksanakan lebih banyak inisiatif-inisiatif yang menguntungkan semua pihak.

Senarai 10 Perkara Umum Mengenai SPAD:

1. SPAD adalah sebuah badan berkanun yang di tubuhkan di bawah akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715), Menggantikan Akta 334 bagi Semenanjung yang dulunya dikenal LPKP.

2. Ia telah ditubuhkan secara rasminya pada 3 Jun 2010 dengan Tan Sri Syed Hamid Albar telah dilantik selaku Pengerusi.

3. Ramai yang tersilap dengan menyangka SPAD adalah sebuah suruhanjaya di bawah Kementerian Pengangkutan. Suruhanjaya ini sebenarnya adalah sebuah agensi yang dipantau oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM), bukannya Kementerian Pengangkutan.

4. SPAD diletakkan di bawah pemantauan JPM bagi memastikan ia dapat melaksanakan tugas dan objektif penubuhannya secara lebih efisyen dan efektif di bawah pengawasan Perdana Menteri sendiri.

5. Fungsi utama SPAD adalah untuk merancang dan membuat polisi serta mengawalselia pengangkutan awam darat di negara ini seperti keretapi, bas dan teksi serta pengangkutan barang yang menggunakan jalan raya atau rel keretapi.

6. Suruhanjaya ini turut menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang sebagaimana yang dijalankan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

7. SPAD memainkan peranan penting di dalam usaha membaik pulih perkhidmatan pengangkutan awam darat di Malaysia, yang mana usaha ini salah satu agenda utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk pengangkutan awam bandar seperti yang digariskan di dalam Pelan Transformasi Kerajaan.

8. SPAD merancang, menyelia dan menguatkuasa semua hal-hal berkaitan pengangkutan awam darat di Semenanjung Malaysia.

9. Visi suruhanjaya ini ialah untuk menerajui transformasi pengangkutan awam darat untuk menjadi mod pilihan rakyat.

10. SPAD juga berusaha memastikan bahawa sistem pengangkutan awam darat adalah selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, mampu dibayar dan lestari bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kualiti hidup.

 *Sebagai Penulis Blog Bebas, Wujud Kecelaruan Pada Hemat Saya dengan wujudnya SPAD ini. Terlintas dalam fikiran, kenapa Akta 334 masih ada, cuma terpakai di Sabah & Sarawak, dan Adakah sabah sarawak bukan wilayah malaysia??. Penubuhannya Jelas untuk buat polisi dan kawalselia keretapi, bas, teksi dan kenderaan barangan. Ada ke fungsi badan ini, Jika saya pergi terminal bas pun cuma kelihatan Abang JPJ bawah pondok. Hurmmmm, stop dl, kita kupas isu ini lebih dalam pada artikel akan datang. bye