Kaji SOP sekatan jalan raya, elak kesesakan (JPJ)

KEPALA BATAS: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan kajian terhadap prosedur operasi standard (SOP) ketika mengadakan operasi sekatan jalan raya bagi mengelakkan berlaku kesesakan lalu lintas pada masa depan.

Ketua pengarahnya Datuk Nadzri Siron berkata ini kerana SOP sedia ada sudah lama dilaksanakan sehingga pengguna jalan raya merungut akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya semasa operasi dijalankan.

“Saya menyedari orang ramai membangkitkan perkara ini dalam laman sosial apabila membandingkan kaedah sekatan jalan raya di negara maju yang membuka semua lorong berbanding satu lorong oleh JPJ ketika ini.

“Saya juga sudah mengarahkan agar mengkaji modul yang terbaik supaya dapat dikurangkan kesesakan lalu lintas ketika operasi demi kepentingan semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ Parlimen Kepala Batas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Kailan di sini hari ini.

Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga ahli Parlimen kawasan Kepala Batas.

Nadzri berkata sebelum ini pembukaan satu lorong ketika sekatan jalan raya terpaksa dibuat atas beberapa faktor termasuk keselamatan serta bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti.

“Sebab itu, kami juga perlu lakukan kajian secara terperinci sebelum menggantikan SOP sedia ada bagi memastikan keselamatan pegawai dan anggota JPJ sentiasa terjamin ketika bertugas,” katanya.

Sementara itu, Nadzri berkata JPJ akan melakukan program kesedaran memiliki lesen memandu kepada 1.2 juta rakyat yang layak namun masih tidak berbuat demikian.

Katanya, antara program kesedaran yang dijalankan ialah Satu Komuniti Satu JPJ yang dilancarkan pada 2011 dan sehingga hari ini seramai 96,000 berjaya memperoleh lesen.

“JPJ menyasarkan setiap tahun, terdapat peningkatan 30% daripada jumlah itu dan di negeri ini, seramai 2,435 orang menerima lesen yang majoritinya terdiri daripada warga emas dan pelajar sekolah menengah.

“Selain memberi kesedaran kepada orang ramai, program itu turut membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan lesen kelas B2 dengan harga murah iaitu RM180 saja,” katanya.

Leave a comment