2 Cara Mudah Belajar DSLR

Sebenarnya untuk belajar DSLR dengan baik ada beberapa cara. Jadi hari ini saya ingin kongsikan cara yang anda boleh ikut sebagai permulaan. Cara mudah iaitu menggunakan Aperture & Shutter Priority Mode.

Cara #1: Aperture Priority Mode
Mode ini membolehkan jurugambar menetapkan nilai aperture yang ingin digunakan. Kamera anda akan secara automatic memilih shutter speed yang sesuai dengan keadaan anda.
Bila masa yang sesuai untuk menggunakan Aperture Priority? – Mode ini digunakan khas jika jurugambar mahu menggunakan kelebihan kawalan Deep of Field* atau DOF. Dengan bahasa mudah, jika anda mahu gambar subject anda dalam keadaan sharp & latar belakangnya kabur, mode ini sesuai digunakan. Setiap kali anda menggunakan mode ini, anda perlu ingat pemilihan shutter speed berkemungkinan laju dan mungkin terlalu perlahan. Dalam keadaan shutter speed yang tinggi, tidak terlalu bermasalah, tetapi sekiranya shutter speed yang dipilih terlalu rendah sehingga 1/60 saat, kemungkinan gambar anda tidak sharp adalah sangat tinggi kerana tangan anda tidak akan cukup pegun. Jika ini berlaku, penggunaan tripod adalah digalakkan.

 

Cara #2: Shutter Priority Mode
Jika sebelum ini anda memilih aperture, kini pilihan yang ada ialah memilih shutter speed. Pemilihan anda akan menentukan nilai aperture yang akan dipilih oleh kamera anda berdasarkan situsai semasa shoot tersebut.
Bila masa yang sesuai menggunakan Shutter Speed Priority? – Mode ini membolehkan jurugambar memilih sama ada cuba membekukan setiap pergerakan atau sebaliknya. Sebagai contoh, sekiranya anda shoot gambar formula 1, kebiasaannya shutter speed yang tinggi digunakan untuk membekukan pergerakan kereta tersebut. Namun dengan mode ini, anda harus ingat akan memberikan kesan DOF, dimana semakin tinggi shutter speed yang anda pilih, DOF yang akan dipilih akan semakin cetek

Latihan Pemahaman
Sebagai latihan, setiap kali anda memilih setting tidak kira sama ada Shutter Speed Priority atau Aperture Priority, pastikan anda peka dengan setting yang dipilih oleh kamera anda.

Dari pengalaman saya, kamera akan memilih 3 setting yang berbeza walaupun dalam kondisi yang sama. Jadi anda boleh shoot subject yang sama sebanyak 3 kali dan biasanya salah satu akan menhasilkan gambar yang boleh diterima.
Sekiranya anda menggunakan Aperture Priority, anda boleh lakukan experiment menggunakan bukaan aperture yang kecil hingga ke paling besar & lihat kesan DOF tersebut.

Manakala jika anda menggunakan Shutter Speed Prioriy, experiment yang boleh anda lakukan ialah shoot subject yang bergerak dengan menggunakan shutter yang paling tinggi sehingga yang semakin perlahan & lihat kesan pergerakan yang terhasil.

 

Diharapkan perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda.

aziezan
Muhammad Azizan Penulis Blog Bernama’s

* Depth of Field (DOF) ialah kawasan dalam gambar tersebut dalam keadaan sharp/focus. Lihat contoh guli ini, guli tersebut berada dalam kawasan DOF, sebaliknya latar belakangnya sudah terkeluar dari DOF.